Resepi kerepek popia cheese ala ala wonder cheese

21:02:00

Asalamualaikum semua. 

Jadi dah ada ke kuih raya untuk raya haji ? ke raya haji tak buat kuih pun? Saya memang tak buat kuih untuk raya haji. Jadi adalah sikit buat kudapan kalau orang datang kan. Sementara nak tunggu menu yang berat siap dihidang kerepek nih boleh dijadikan kudapan kan ? 

Mudah je nak buatnya. Tinggal rajin dengan malas je. hehe

Bahan - bahan :

Kulit popia satu paket
4 sudu besar gula halus
1 cawan serbuk cheese
1 sudu kecil garam halus
1 sudu besar serbuk cili

Cara - caranya :

1. Potong kulit popia ikut kesukaan. Biar dia kena angin sikit baru nanti tak melekat masa nak goreng.
2. Goreng hingga kekuningan.
3. Campurkan bahan - bahan lain dan gaulkan dengan kulit popia. Siap untuk dimakan!

Selamat mencuba , resepi kali nih tak sempat nak snap gambar sebab dah habis dimakan sebelum sempat raya . hmm . 

Kalau habis awal tandanya apa gais ? sodappppppp !

You Might Also Like

8 budak baik

  1. hi..singgah sini...
    jemput baca dan kongsikan hobi anda http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/08/hobi-zaman-kanak-kanak-sehingga-dewasa.html

    ReplyDelete
  2. menarik, simple sangat resepinya. tapi dekat tempat kaella susah sangat nak cari serbuk cheese

    ReplyDelete
  3. menarik...mna nak cr serbuk cheese erk....

    ReplyDelete
  4. ehehehe makan kepek cemni sedar2 da habis. makan x sedar habis =D

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda terpilih sebagai salah seorang pemenang GA yang Abam Kie anjurkan tempohari. Untuk maklumat lanjut dan cara untuk menuntut hadiah, sila layari pautan di bawah ini. Terima kasih.

    https://www.zukidin.com/2018/08/keputusan-guess-my-weight-giveaway.html

    ReplyDelete
  6. sedap ni tapi itu lah ikut tahap kerajinan

    ReplyDelete
  7. hi, singgah sini..jemput baca blog ekin

    https://asyiqinroslee.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Menarik ni...boleh cuba nanti..hihi


    jemput singgah ke blog june pulak ya KingJuneBlogspot

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi membaca :)
Komen anda, amat saya hargai .